Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Legacy Kuching dinobatkan juara Badminton Berpasukan Sri Aman
  • SUKAN

Legacy Kuching dinobatkan juara Badminton Berpasukan Sri Aman

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH…Datuk Francis Harden Hollis menyampaikan hadiah kejuaraan kepada pasukan Legacy dari Kuching. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Pasukan Legacy dari Kuching menjuarai Pertandingan Badminton Berpasukan Sri Aman 2025 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Legacy Kuching dengan mudah menewaskan pasukan Nes Jaya SB dengan kiraan mata 3-0.

Kejayaan itu membolehkan pasukan Legacy dari Kuching itu meraih wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala kejuaraan dan pingat.

Manakala Nes Jaya SB pula yang muncul naib juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,200, piala iringan dan pingat.

Dalam aksi perebutan tempat ketiga, pasukan JPRO Kuching berjaya menewaskan YSH Motor Trading dengan kiraan mata 3-1. 

Sekali gus pasukan JPRO Kuching yang muncul ditempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, piala dan pingat, manakala pasukan YSH Motor Trading ditempat keempat membawa pulang RM300, piala dan pingat.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Pertandingan Badminton Berpasukan Sri Aman 2025 anjuran Kelab Badminton Simanggang (SBC) yang berlangsung selama dua hari itu telah disertai sebanyak lapan pasukan dari Sri Aman, Betong, Saratok, Roban dan Kuching.

Turut hadir Presiden Kelab Badminton Simanggang, Kapitan Tay Buan Boon, Setiausaha SABERKAS Cawangan Simanggang, Alfred Kendim, Ahli Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Dilang Jungai dan Tay Cho Seng.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Muhammad Syafiq taruh harapan besar kepada dua pelapis negara
Next: Tengku Zafrul mampu bantu BAM realisasi impian emas Olimpik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.