MINJEE Lee dari Australia akhirnya melakukan birdie apabila dia amat memerlukannya untuk memenangi Piala Cognizant Founders dengan kelebihan dua pukulan ke atas Lexi Thompson di New Jersey semalam.
Lee yang mendahului satu pukulan memasuki pusingan akhir, kecewa dengan gagal membenam putt di peringkat awal pusingan. Tetapi dia melakukan birdie tiga lubang di sembilan lubang terakhir untuk mencatat dua di bawah par 70 dan 19 di bawah par secara keseluruhan 269 di Upper Montclair Country Club di Clifton.
Pemain nombor lima dunia itu merangkul kejuaraan LPGA ketujuh dan yang pertama beliau sejak memenangi kejuaraan sulungnya di Kejohanan Evian tahun lepas.
“Pada penghujung hari, saya menyelesaikan tugas itu, jadi saya gembira,” kata Lee.
Thompson, dengan 11 kejuaraan termasuk satu kejuaraan utama, mencatat tiga di bawah par 69 untuk 271.
Madelene Sagstrom dari Sweden, yang memulakan hari pertama satu pukulan di belakang Lee, menyaksikan harapan kejuaraannya malap dengan triple-bogey di lubang ketiga, di mana pukulannya masuk ke dalam bunker dan dia memerlukan tiga pukulan untuk keluar dari bunker.
Dia melakukan tiga birdie di sembilan terakhir untuk menamatkan saingan dengan par 72, terikat dengan pemain AS, Angel Yin (67) untuk tempay ketiga ketiga dengan catatan 272.
Dengan cabaran Sagstrom awal pudar , Thompson dan Yin merupakan orang yang mendorong Lee ketika pemain dari Australia itu membuka pusingannya dengan tujuh par berturut-turut – rentak yang termasuk kekecewaan seperti kegagalan melakupan birdie sejauh tiga kaki di lubang keempat.
Lee mencatat bogey di lubang lapan, tetapi menegaskan dirinya dengan birdie di par lima lubang ke-12 dan ke-14.
“Saya tidak begitu gementar,” kata Lee mengenai permulaannya yang tidak menakjubkan, yang membuka pintu kepada Thompson dan Yin.
“Jelas sekali saya tidak melakarnya sebaik yang saya mahu. Tetapi saya masih melakukan pukulan dan putt dengan baik — jadi saya akan mengambil yang positif.” – AFP