Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebuh Raya Pesisir Utara bernilai RM6.1 bilion dimulakan suku ketiga tahun ini – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Lebuh Raya Pesisir Utara bernilai RM6.1 bilion dimulakan suku ketiga tahun ini – Awang Tengah

Utusan Sarawak 1 day ago

PANTAU PROJEK...Awang Tengah pada lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Jambatan Kedua Sungai Limbang hari ini.

LIMBANG: Pembinaan projek Lebuh Raya Pesisir Utara yang menghubungkan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan dimulakan suku ketiga tahun ini. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata projek lebuh raya melalui dana kerajaan Sarawak bernilai kira-kira RM6.1 bilion itu dibina membabitkan lima pakej, iaitu tiga pakej di Limbang dan dua pakej lagi di Lawas.

“Projek Lebuh Raya Pesisir Utara dijangka akan dapat dilaksanakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini. 

“Kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan lima pakej ini kepada lima syarikat utama,” katanya ketika ditemui pada lawatan kerja ke tapak pembinaan Jambatan Kedua Sungai Limbang hari ini.

Turut sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang; Residen Limbang Unus Tambi; Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa dan Jurutera Bahagian Limbang Mahathir Jokeni.

Awang Tengah juga berkata projek mega ini sejajar dengan perkembangan pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di wilayah utara negeri ini.

Katanya, projek berkenaan diperlukan bagi membuka peluang ekonomi yang lebih besar terutamanya di kawasan Limbang dan Lawas.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi tiba di Miri, sempurnakan Hari Sarawak 2025
Next: Tun Wan Junaidi imarah Majlis Kesyukuran Hari Sarawak 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.