Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebuh Raya Pan Borneo: Hanya berbaki beberapa lokasi seperti di Bukit Song, Lambir belum siap
  • TEMPATAN

Lebuh Raya Pan Borneo: Hanya berbaki beberapa lokasi seperti di Bukit Song, Lambir belum siap

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Pan Borneo di Batu 19, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

BINTULU: Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 786 kilometer (km) dari Telok Melano hingga Miri kini hampir siap sepenuhnya dengan sebahagian besar laluan sudah boleh digunakan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek mega 25 pakej kerja itu hanya berbaki beberapa lokasi termasuk di Bukit Song dan Lambir, Miri.

“Di Bukit Song, kerja dijangka siap selewat-lewatnya 30 September ini, lebih awal daripada jadual. 

“Namun di Lambir, proses lebih mencabar kerana melibatkan pemindahan paip utama bekalan air ke Miri,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Pan Borneo di Batu 19, Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

Beliau menjelaskan, meskipun projek hampir 100 peratus siap terdapat 16 jajaran dikenali sebagai ‘garisan merah’ yang tidak termasuk dalam kontrak asal.

“Ketika perancangan, jajaran itu masih dalam keadaan baik. Namun, selepas lebuh raya baharu siap, jelas kelihatan perbezaan standard. 

“Kerajaan kini memberi fokus menaik taraf kesemua 16 bahagian ini ke standard R5,” jelasnya.

Menurut Nanta, perbezaan antara jajaran asal dan ‘garisan merah’ perlu difahami supaya tiada salah anggapan bahawa projek masih belum siap.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan keperluan kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya tersebut.

“Setakat ini sebuah R&R siap di Jelukong, Sri Aman manakala dua lagi sedang dirancang. Kemudahan ini penting bukan sahaja untuk pembuangan sampah yang lebih teratur tapi juga memenuhi keperluan asas pengguna jalan raya,” ujarnya.

Projek tanpa tol terbesar di Sarawak itu dijangka melonjakkan pembangunan sosioekonomi negeri, mempercepat perhubungan, melancar pengangkutan barangan dan merancakkan pelancongan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Jelajah Warisan 2.0 tarik penyertaan tempatan dan antarabangsa di Niah
Next: LPKP Sarawak to enforce strict action against errant commercial vehicle operators

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.