Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk rangsang aktiviti pelancongan
  • TEMPATAN

Lebih RM700 juta diperuntukkan untuk rangsang aktiviti pelancongan

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan lebih RM700 juta bagi merancakkan dan mempergiatkan promosi serta aktiviti pelancongan menerusi Belanjawan 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan itu merangkumi RM500 juta bagi menyokong pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), serta RM60 juta bagi Dana Galakan Promosi, Pemasaran dan Penganjuran Acara Pelancongan dan Kebudayaan.

Bagi membantu penggiat seni dan warisan, termasuk pengusaha kraf, batik, dan tenunan Anwar berkata kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi menyokong usaha mereka menjana pendapatan. Selain itu, RM20 juta diperuntukkan bagi mempergiat promosi pelancongan kesihatan melalui Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia.

“Kita bertekad menarik 47 juta pelawat dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM329 bilion, suatu anjakan besar yang bakal memberi limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, usahawan pelancongan, komuniti desa, pengusaha kraf, dan seluruh rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata sebanyak RM25 juta diperuntukkan bagi menambah baik kemudahan pelancongan termasuk memulihara tapak-tapak UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak, Lembah Lenggong di Perak dan FRIM Forest Park di Selangor yang diisytiharkan sebagai tapak baharu tahun ini.

Continue Reading

Previous: MBKS must verify before involving MCMC – Michael Kong
Next: Kerajaan disaran tambah pembinaan rumah e-Kasih di luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.