Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih ramai pemimpin dunia dijangka hadir sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Anwar
  • NASIONAL

Lebih ramai pemimpin dunia dijangka hadir sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Anwar

Utusan Sarawak 7 days ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang bersama murid-murid taska sekitar Serdang dan Klang sambil menyanyikan lagu ‘Tanggal 31’ selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari. Foto BERNAMA

SERDANG: Lebih ramai pemimpin negara luar dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hal ini susulan kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Mei lepas, hasil kecekapan luar biasa yang ditunjukkan seluruh jentera perkhidmatan awam dalam memastikan kelancaran acara bertaraf tinggi itu.

“Sebagaimana yang disebut sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengesahkan (kehadiran) dan juga akan melawat Malaysia (bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47) dan saya percaya pimpinan China dan mungkin pimpinan Rusia (turut akan hadir ke sidang kemuncak itu).

“Mengapa saya rasa yakin? Kerana saya lihat kecekapan luar biasa jentera kita. Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia, seluruh kakitangan Jabatan Perdana Menteri, pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, malah seluruh jentera kerajaan bekerja.

“Sidang ASEAN yang kita adakan beberapa bulan lepas itu dianggap antara sidang yang besar, hebat dan paling cermat serta teratur pernah diadakan,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Anwar menyatakan keyakinan bahawa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 mampu menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dengan lebih baik dan berkesan.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera kerajaan yang telah mula bergerak membuat persiapan bagi memastikan pelbagai aspek, terutamanya keselamatan dan peraturan diteliti dengan rapi.

“Pengalaman kita beberapa bulan lepas sepatutnya mengajar kita membaiki prestasi kita,” kata Anwar.

Selain Presiden Trump, Presiden China Xi Jinping, Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dilaporkan antara pemimpin dunia yang dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu.

Malaysia mempengerusikan blok serantau berkenaan di bawah tema “Keterangkuman dan Kemampanan” serta menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan ASEAN sepanjang tahun ini.

Malaysia pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.– Bernama

Continue Reading

Previous: Abang sado’ ATM tambah tarikan perbarisan Hari Kebangsaan
Next: PM Anwar: Pendekatan pemusatan dorong pertumbuhan KDNK suku kedua 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.