Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih banyak taman lalu lintas akan dibina di Sarawak
  • TEMPATAN

Lebih banyak taman lalu lintas akan dibina di Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato Sri Lee Kim Shin bersama yang lain bergambar kenangan bersama peserta pada majlis Perasmian Permainan Lalu Lintas Kuching 2025 di Taman Lalu Lintas Kenyalang, pagi tadi. Foto UKAS

KUCHING: Kementerian Pengangkutan Sarawak merancang untuk menambah bilangan taman lalu lintas di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, langkah tersebut merupakan usaha proaktif bagi memperluas pendidikan keselamatan jalan raya, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

PELEPASAN… Dato Sri Lee Kim Shin melakukan pelepasan kepada peserta Permainan Lalu Lintas Kuching 2025. Turut kelihatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng. Foto UKAS

“Pendidikan keselamatan jalan raya perlu diterapkan sejak peringkat awal lagi. Melalui taman lalu lintas, pelajar dapat belajar secara praktikal tentang peraturan dan etika di jalan raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Permainan Lalu Lintas Kuching 2025 di sini pagi tadi.

Beliau menegaskan bahawa usaha ini juga selari dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melalui pendekatan pendidikan dan pencegahan yang berkesan.

BERAMAH MESRA… Dato Sri Lee Kim Shin beramah mesra dengan peserta Permainan Lalu Lintas Kuching 2025.

Katanya, ia merupakan sebagai langkah proaktif memperluas pendidikan keselamatan jalan raya khususnya kepada golongan pelajar sekolah.

“Jadi kementerian saya juga telah bercadang di bawah rancangan Malaysia ke-13 nanti, kita akan menambah taman lalu lintas ini supaya setiap bahagian di Sarawak kita ada taman lalu lintas,” katanya.

SAMAN …. Salah seorang peserta mendapat saman daripada polis trafik sambil diperhatikan oleh Dato Wee Hong Seng. Foto UKAS

Tambahnya, terdapat enam taman lalu lintas pada masa kini yang telah dibangunkan khas untuk mendidik pelajar menggunakan jalan raya dengan selamat.

Hal ini termasuk menyalurkan peruntukan kepada majlis bandar raya dan majlis pembandaran untuk menaik taraf kesemua enam taman lalu lintas sedia ada.

Dato Sri Lee menjelaskan, penyertaan sekolah dalam pertandingan lalu lintas di peringkat bahagian amat penting bagi menanam budaya keselamatan jalan raya sejak di bangku sekolah.

Ujarnya, pendekatan pembelajaran yang menyerupai situasi sebenar di jalan raya memberikan kesan mendalam kepada peserta.

“Kita dapat melihat para pelajar yang mengambil bahagian dalam program ini berkelakuan seperti berada di jalan raya sebenar.

“Terdapat kehadiran polis trafik, dan jika berlaku sebarang kesalahan, saman akan dikeluarkan serta-merta malahan ada peserta yang menangis setelah dikenakan saman oleh polis.

“Saya melihat pendekatan ini sebagai satu kaedah yang berimpak dan sangat berkesan maka kementerian saya mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan semula program ini,” jelasnya.

Jelasnya, program ini dahulunya dikenali sebagai Shell Traffic Games diharapkan menjadi platform untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya ke tahap paling minimum mahupun paras sifar melalui pendekatan pembelajaran simulasi yang dimulai di peringkat sekolah. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Petronas Stakan sumbang bakul makanan kepada 60 keluarga kurang berkemampuan
Next: Cadangan tiket percuma tahunan guru Sarawak, wajar dipertimbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.