Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih baik Pearly Tan-M. Thinaah kekal dengan BAM – Chong Ming
  • SUKAN

Lebih baik Pearly Tan-M. Thinaah kekal dengan BAM – Chong Ming

Utusan Sarawak 2 days ago
PASANGAN beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah.

PETALING JAYA: Lebih baik kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) daripada menjadi pemain profesional, nasihat bekas pemain kebangsaan Chan Chong Ming kepada pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah.

Pearly dan Thinaah kini sedang mempertimbangkan masa depan mereka bersama badan induk badminton negara itu.

Bekas pemain beregu lelaki negara itu percaya terus bersama BAM menawarkan kelebihan kepada gandingan itu khususnya dari segi perkhidmatan sokongan yang kurang diperolehi pemain profesional.

“Saya berpendapat Pearly-Thinaah patut kekal (bersama BAM). Jika anda kekal dengan persatuan, anda tak perlu risau bagaimana nak tempat tiket penerbangan, penempatan dan isu kecederaan memandangkan anda ada sokongan pasukan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Daikin 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. Pearly-Thinaah masih belum menandatangani kontrak baharu dengan BAM selepas kontrak mereka tamat hujung tahun lepas.

Chong Ming, yang kini mengendalikan sebuah akademi badminton, berkata pengalamannya melatih pemain profesional menunjukkan bahawa BAM menawarkan sumber persiapan fizikal yang lebih baik.

“Sebagai seorang jurulatih, kita ada pengalaman dalam bertanding seperti aspek taktikal tetapi dari segi kekuatan dan penyesuaian (fizikal), kita (jurulatih profesional) belum sampai sana (tahap terbaik),” katanya.

Sambil menggalakkan Pearly-Thinaah untuk memfokuskan pada kejohanan semasa mereka, Hannah pula berharap pasangan nombor empat dunia itu mempertimbangkan manfaat dan komitmen jangka panjang untuk kekal dalam kem kebangsaan di bawah BAM.

Beliau memberi contoh kemajuan ketara beregu lelaki kebangsaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai hasil struktur sokongan BAM.

Aaron-Wooi Yik berada dalam prestasi cemerlang apabila memenangi tiga gelaran sejak April lepas iaitu Kejohanan Badminton Asia 2025, Terbuka Thailand bulan lalu dan Terbuka Singapura pada Ahad lepas.

Dalam pada itu, Hannah, yang gembira dengan pencapaian Aaron-Wooi Yik berharap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dua kali itu dapat terus konsisten di bawah bimbingan ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi, yang mula berkhidmat Februari lepas. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia Kelab Fifa bernilai RM4.7 bilion bakal buka tirai, tapi sambutan masih dingin
Next: Pertembungan beregu negara di pusingan kedua terbuka Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.