Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 8,000 sertai Perarakan Perpaduan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025
  • TEMPATAN

Lebih 8,000 sertai Perarakan Perpaduan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025

Utusan Sarawak 3 days ago

SENAMROBIK.…Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti yang juga Menteri Bertanggungjawab sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025, Dato Sri Fatimah Abdullah bersenam bersama para peserta dan tetamu-tetamu kehormat yang lain. 

SARIKEI: Suasana pagi di Kompleks Sukan Sarikei hari ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 8,000 peserta yang menyertai Program Perarakan Perpaduan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025.

Jumlah peserta itu bukan sahaja melepasi jangkaan awal seramai 5,000 orang, malah mencerminkan semangat kebersamaan dan patriotisme rakyat yang tinggi meskipun cuaca hujan renyai seawal 5.00 pagi.

Program dimulakan dengan sesi senamrobik melibatkan semua peserta dan tetamu kehormat, menyuntik semangat sebelum perarakan bermula.

PELEPASAN PESERTA…..Dato Sri Fatimah Abdullah melepaskan para peserta Perarakan Perpaduan. 

Simbolik pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025.

Perarakan sejauh 1.2 kilometer tu bermula dari Kompleks Sukan Sarikei dan berakhir di Bazar MARA, disambut dengan sorakan dan semangat patriotik sepanjang laluan.

PERARAKAN PERPADUAN…..Antara peserta yang menyertai Program Perarakan Perpaduan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2025 di Kompleks Sukan Sarikei, hari ini.

Dari Kompleks Sukan Sarikei, para peserta melalui laluan yang merangkumi Jalan Siaw Ah Khoon, Jalan Getah, Jalan Nyelong, Jalan Repok dan Jalan Nanas.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol serta Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih 10,000 hadiri Konsert Ambang Merdeka Peringkat Sarawak 2025 di Sarikei
Next: Mazzaellynn Brasenia dinobat Ratu Agrofest SAF 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.