Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 800 sertai Larian dan Kayuhan Santai Tahun Baharu 2026 di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 800 sertai Larian dan Kayuhan Santai Tahun Baharu 2026 di Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
SETIAUSAHA Politik Premier Sarawak, Joshua Ting menyempurnakan upacara pelepasan peserta Larian Santai dan Kayuhan Santai.

SIBU: Lebih 800 peserta menyertai acara Larian dan Kayuhan Santai Tahun Baharu 2026 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) yang berlangsung di Pusat Komersial Pulau Li Hua di sini, hari ini.

Acara yang memasuki edisi kedua itu dimulakan dengan upacara pelepasan peserta pada 7.30 pagi, disempurnakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak Joshua Ting bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Agatha Ting.

Larian tersebut melibatkan kategori Larian Santai sejauh 3.8 kilometer (km), manakala kategori Kayuhan Santai sejauh 15 km, yang diperkenalkan buat julung kali tahun ini.

Joshua berkata, penambahan kategori berbasikal itu bertujuan menarik penyertaan lebih meluas serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Kepada semua peserta, sama ada pelari berpengalaman, penunggang basikal atau mereka yang hadir bersama keluarga, terima kasih kerana menjayakan acara ini.

“Kehadiran anda menjadikan program ini lebih bermakna dan melambangkan permulaan tahun baharu yang sihat serta positif,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata, penganjuran kali ini turut melibatkan penyertaan anak-anak daripada Persatuan Autisme Sibu (SAA), Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB) Sibu dan Rumah Anak-Anak Yatim Methodist Sibu, selaras dengan usaha memupuk semangat kebersamaan dan inklusiviti.

Menurutnya, acara tahun lepas bertemakan Tahun Anjing, manakala penganjuran kali ini mengambil tema Tahun Kuda.

“Sekiranya acara ini terus mendapat sambutan, kita merancang untuk menganjurkannya setiap tahun mengikut kitaran 12 tahun kalender lunar,” katanya.

Program turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik sebelum pelepasan peserta serta cabutan nombor bertuah selepas tamat acara.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Warga pentadbiran tulang belakang pembangunan bahagian Miri – Lee Kim Shin
Next: Peruntukan UNIFOR bantu naik taraf rumah ibadat di DUN Pakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.