
SEBUYAU: Suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan menyelubungi pekarangan Masjid Al-Muflihin, Sebuyau pagi ini apabila lebih 800 jemaah menunaikan Solat Sunat Aidiladha bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi.
Solat sunat berkenaan yang bermula seawal 8.00 pagi itu diimamkan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIS Bahagian Samarahan, Ustaz Anwar Musadad Muhammad Tajuddin yang turut menyampaikan khutbah yang bertajuk “Meraih Keimanan, Meningkatkan Pengorbanan”.
Dalam khutbah Aidiladha yang disampaikan selepas solat, beliau menyeru umat Islam agar meneladani semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan memperkukuh semangat ukhuwah dalam komuniti.
Turut hadir Pegawai Daerah Sebuyau, Ayuradiman Bujang, Pemanca Asli Yahya, Penghulu Abu Seman Suhaili, Ketua-Ketua Masyarakat dan penduduk setempat. -UKAS