Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 70 beg sampah dikumpul dalam Program Clean Up Pan Borneo APM Lubok Antu
  • Selatan
  • WILAYAH

Lebih 70 beg sampah dikumpul dalam Program Clean Up Pan Borneo APM Lubok Antu

Utusan Sarawak 1 day ago
SERAMAI 21 Anggota APM Daerah Lubok Antu dan Sri Aman telah menyertai Program ‘Clean Up Pan Borneo’ yang berlangsung di sekitar Simpang dan Pusingan P Lubok Antu, pagi tadi. Foto: APM Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Seramai 21 Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu dan Sri Aman telah berjaya mengutip lebih 70 beg sampah dengan anggaran berat setengah tan dalam Program ‘Clean Up Pan Borneo’ di sekitar Simpang dan Pusingan P, pagi tadi.

Program yang bermula 9.00 pagi hingga 11.00 pagi itu merupakan inisiatif Kelab Rekreasi Kakitangan APM Lubok Antu bagi memupuk semangat kesukarelawanan, kebersihan komuniti dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota serta masyarakat setempat.

Menurut Pegawai APM Daerah Lubok Antu, Leftenan Desem Samuel berkata program tersebut melibatkan aktiviti gotong-royong seperti pemungutan sampah, pembersihan longkang dan mencantikkan kawasan tumpuan awam seperti hentian bas utama di kawasan berkenaan.

“Kita mahu jadikan Lubok Antu sebagai contoh kawasan yang bersih dan bebas sampah. Usaha kecil seperti ini memberi impak besar jika semua pihak berganding bahu,” katanya.

 PROGRAM tersebut berjaya berjaya mengutip lebih 70 beg sampah dengan anggaran berat setengah tan. Foto: APM Lubok Antu.

Beliau berkata, kejayaan program itu memperlihatkan komitmen tinggi anggota APM Lubok Antu dan Sri Aman serta komuniti setempat terhadap pemeliharaan alam sekitar serta kebersihan kawasan awam.

Selain itu, Desem turut menggesa masyarakat untuk menyahut cabaran ‘Clean Up Pan Borneo’ dengan mengekalkan kebersihan di kawasan masing-masing dan menjadikan amalan gotong-royong sebagai budaya hidup.

Dalam masa sama, beliau mengalu-alukan sumbangan daripada komuniti atau pihak luar dalam bentuk barangan seperti plastik sampah, sarung tangan dan peralatan pembersihan bagi menyokong kesinambungan program tersebut.

Program berjalan lancar dalam keadaan cuaca baik serta disambut positif oleh masyarakat tempatan yang bersama-sama turun padang bagi menjayakan inisiatif kebersihan itu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Integriti tunjang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin komuniti
Next: Hadiah RM30,000 menanti juara Battle Of Titans Regata Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.