Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 600 anggota polis dikerah pada hari pengundian
  • NASIONAL

Lebih 600 anggota polis dikerah pada hari pengundian

Utusan Sarawak 5 years ago

PEKAN, 1 Julai -- Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said menunggang motosikal ketika melakukan ziarah kasih sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Felda Chini 2 hari ini. PRK DUN Chini akan berlangsung pada Sabtu ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said menunggang motosikal ketika melakukan ziarah kasih sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Felda Chini 2 semalam. • Foto BERNAMA

PEKAN: Lebih 600 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan  Undangan Negeri (DUN) Chini, Sabtu ini, demikian menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata, bagi melancarkan proses pengundian itu, yang melibatkan normal baharu dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) berikutan masih wujud ancaman Covid-19  , kesemua mereka telah diberikan latihan pengendalian.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan mengadakan penugasan di empat peringkat iaitu pada hari penamaan calon, semasa berkempen, hari pengundian serta penjumlahan dan pengumuman keputusan pilihan raya.

“Semasa tempoh berkempen PRK ini, kita telah menyediakan lebih 400 anggota polis dan semasa mengundi pula, kita sediakan lebih 600 anggota untuk membantu memastikan SOP pilihan raya ini dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih ke tiga buah rumah asnaf di sekitar Felda Chini 2, dekat  sini semalam.

Mengulas lanjut Ismail berkata, mesyuarat penugasan PRK DUN Chini yang melibatkan PDRM, Kementerian Kesihatan (KKM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melihat kepada gerak kerja, yang antara lain tertumpu kepada aspek pematuhan SOP, kelancaran trafik dan keselamatan awam.

Pihak media turut diberi taklimat mengenai garis panduan liputan sepanjang hari pengundian nanti, katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

PRK DUN Chini diadakan bagi merebut kekosongan kerusi ditinggalkan Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas pada 7 Mei lepas.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mempunyai 20,990 pengundi. PRK DUN Chini, satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menjadi PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas. –  Bernama

Continue Reading

Previous: Pengundian awal PRK DUN Chini berjalan lancar
Next: Enam anggota kumpulan ‘Satay’ ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.