Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan kemalangan babitkan anggota FRU
  • JENAYAH

Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan kemalangan babitkan anggota FRU

Utusan Sarawak 2 days ago

TELUK INTAN: Polis akan memanggil lebih 60 individu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Ini bagi mengelakkan siasatan bersifat berat sebelah dan sebagainya. Kita akan melihat (siasatan) daripada semua sudut iaitu kecuaian manusia, isu teknikal melibatkan kenderaan dan isu persekitaran,” katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Beliau juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu untuk tampil bagi membantu siasatan polis.

Sementara itu Bakri berkata seorang anggota FRU terlibat kini berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana mengalami pendarahan dalaman dan di kepala selain cedera pada bahagian abdomen.

Beliau berkata lapan lagi anggota FRU yang mengalami kecederaan pula masih menerima rawatan susulan di Hospital Teluk Intan.

Pada kejadian 8.50 pagi semalam, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami di sini.

Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera.

Majistret Naidatul Athirah Azman hari ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap pemandu lori berusia 45 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pemandu lori terlibat kemalangan maut sembilan anggota FRU direman empat hari
Next: Spike in commercial crimes hits Kuching as police urge public cooperation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.