Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 5,795 maut 18,000 cedera pengeboman di Tebing Barat, Semenanjung Gaza
  • GLOBAL

Lebih 5,795 maut 18,000 cedera pengeboman di Tebing Barat, Semenanjung Gaza

Utusan Sarawak 2 years ago
SEORANG lelaki memegang seorang kanak-kanak, yang terselamat daripada pengeboman Israel, ketika mereka dirawat di wad trauma di hospital Nasser di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza, semalam, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas. Ribuan orang awam, baik rakyat Palestin dan Israel, telah meninggal dunia sejak 7 Oktober lalu, selepas militan Hamas Palestin yang berpangkalan di Semenanjung Gaza memasuki selatan Israel dalam serangan yang belum pernah berlaku sebelum ini mencetuskan perang diisytiharkan Israel ke atas Hamas dengan pengeboman balas ke atas Gaza. FotoAFP

RAMALLAH: Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sebanyak 5,700 kematian dan 16,000 kecederaan dilaporkan di Semenanjung Gaza manakala seramai 95 orang terbunuh dan 1,836 lagi cedera di Tebing Barat.

Sekitar 70 peratus mangsa yang terbunuh terdiri kanak-kanak (2,360), wanita (1,292) dan warga emas (295), lapor Agensi Berita Palestin WAFA. 

Selain itu, sebanyak 10 daripada 35 hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi akibat pengeboman atau kehabisan bahan api.

Mereka yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dianggarkan berjumlah 1.4 juta.

Sebanyak 250 kes serangan terhadap kakitangan kesihatan, kemudahan kesihatan dan ambulans direkodkan hingga mengakibatkan 42 petugas kesihatan terkorban, lebih 34 cedera dan 50 ambulans rosak.

Sementara itu, 69 serangan terhadap kemudahan kesihatan menyebabkan tujuh daripadanya tidak lagi beroperasi iaitu Hospital Arab Al Ahli, Hospital Beit Hanoun, Hospital Kanak-Kanak Al-Durrah, Pusat Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah, Pusat Rehabilitasi Mohammad, Hospital Al-Karama dan Hospital Al-Wafa, selain ancaman pengusiran yang menjejaskan 24 hospital.

Setakat ini, hospital di Semenanjung Gaza menerima 1,450 laporan mengenai mangsa yang masih hilang, termasuk 800 kanak-kanak, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan, – Bernama – WAFA

Continue Reading

Previous: Sri Lanka beri pengecualian fi visa pelancong enam negara termasuk Malaysia
Next: Kemajuan sesebuah negara bermula dengan rakyat – Johari Abdul

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.