Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 53,000 dipindahkan di tengah China berikutan hujan lebat
  • GLOBAL

Lebih 53,000 dipindahkan di tengah China berikutan hujan lebat

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK mendapatkan air bersih dari stesen bekalan air sementara di Daerah Longshan, Wilayah Hunan, tengah China pada 20 Jun 2025. Hujan lebat telah menyebabkan banjir bandar yang teruk di Daerah Longshan, Wilayah Hunan, tengah China.

CHANGSHA: Sejak hujan lebat berterusan melanda Wilayah Hunan di tengah China, lebih 53,000 penduduk telah dipindahkan di Wilayah Autonomi Xiangxi Tujia dan Miao, Zhangjiajie, Changde dan Huaihua setakat 5 petang Jumaat, menurut Pejabat Suruhanjaya Pengurusan Kecemasan Wilayah, lapor Xinhua.

Jabatan meteorologi tempatan memaklumkan bahawa sebahagian kawasan di Xiangxi Tujia dan Miao, Huaihua, Zhangjiajie, Changde dan Yiyang akan terus mengalami hujan ribut hingga hujan yang mencurah-curah dalam tempoh tiga hari akan datang, dengan beberapa kawasan terpencil dijangka menerima hujan lebat ekstrem.

Jabatan Kewangan dan Pengurusan Kecemasan wilayah pada Jumaat telah segera memperuntukkan 30 juta yuan (sekitar AS$4.18 juta) bagi tujuan kawalan banjir dan bantuan bencana, dengan tumpuan diberikan kepada Changde, Zhangjiajie dan Xiangxi Tujia dan Miao untuk pemindahan, penghapusan risiko, serta kerja pemulihan kecemasan.

Pada Khamis, Pejabat Suruhanjaya Pengurusan Kecemasan wilayah telah menghantar pasukan sokongan komunikasi seramai 27 anggota bersama enam kenderaan.

Pasukan itu membawa lebih 100 set peralatan komunikasi kecemasan dan tiga dron komunikasi, serta menempatkan mereka di Daerah Shimen, Longshan, Sangzhi dan Yuanling bagi memastikan kelancaran sistem komunikasi, selain dua pasukan khas turut digerakkan bagi membimbing usaha bantuan bencana tempatan dan penilaian kerosakan di kawasan terjejas.

Pentadbiran Bomba dan Penyelamat Kebangsaan  China turut menghantar 230 anggota dan 43 kenderaan penyelamat ke Sangzhi dan Longshan bagi melaksanakan operasi kecemasan.

Seramai 280 anggota bomba, 78 jentera bomba dan 40 bot penyelamat turut digerakkan dari seluruh Hunan untuk memperkuat perkhidmatan kecemasan di Zhangjiajie dan Wilayah Autonomi Xiangxi Tujia dan Miao yang kini berdepan banjir besar akibat hujan mencurah-curah yang  berterusan.

 Sejak Rabu malam, hujan ribut hingga hujan mencurah-curah telah melanda Zhangjiajie, Xiangxi Tujia dan Miao, Changde, Huaihua, Yiyang dan Shaoyang, dengan beberapa kawasan mengalami hujan ekstrem. Empat pekan di Daerah Sangzhi dan Longshan mencatat jumlah hujan melebihi 400 milimeter.

Biro Meteorologi Wilayah telah meningkatkan tahap tindak balas kecemasan terhadap bencana meteorologi akibat hujan lebat daripada Tahap 3 kepada Tahap 2 pada 6 petang Khamis.

Suruhanjaya Pengurusan Kecemasan Wilayah turut mengeluarkan notis pada petang Khamis, mengumumkan  peningkatan tahap tindak balas kecemasan kawalan banjir daripada Tahap 4 kepada Tahap 3 bermula 9 malam hari yang sama.

China mengguna pakai sistem amaran cuaca empat peringkat, dengan merah mewakili tahap paling teruk, diikuti jingga, kuning dan biru. Sistem tindak balas kecemasan nasional juga mempunyai empat tahap, dengan Tahap 1 sebagai yang tertinggi. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pesawat Air India diselenggara baik sebelum terhempas
Next: Kabel kuasa bawah laut Baltik siap diperbaiki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.