Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 7,000 sertai Larian Santai, Jalan Santai meriahkan penutup SKS Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 7,000 sertai Larian Santai, Jalan Santai meriahkan penutup SKS Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBAHAGIAN daripada 7,000 peserta yang menyertai Larian Santai dan Jalan Santai sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.

SIBU: Sambutan luar biasa masyarakat terhadap Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Sibu terserlah apabila lebih 7,000 peserta menyertai acara Larian Santai dan Jalan Santai yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang, hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang juga Pengerusi Jawatankuasa SKS Peringkat Bahagian Sibu, Sarikei, Mukah dan Betong, Datu Hii Chang Kee berkata, jumlah penyertaan itu melepasi sasaran awal susulan sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.

Menurutnya, pihak penganjur terpaksa membuka semula pendaftaran bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta mengambil bahagian.

DATU Hii Chang Kee merasmikan program Larian Santai dan Jalan Santai sempena Program Sarawakku Sayang di Dataran Tun Tuanku Bujang di Sibu hari ini.

“Disebabkan sambutan yang begitu hangat, kita buka lagi penyertaan. Kini lebih daripada 7,000 peserta telah mendaftar. Terima kasih kepada masyarakat Sibu atas sambutan yang amat menggalakkan terhadap Program Sarawakku Sayang, khususnya Larian Santai dan Jalan Santai pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, acara pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee bersama Hii, Residen Bahagian Sibu Supian Awang Said serta tetamu kehormat lain.

Acara itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, wakil agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar dan orang awam yang mula berkumpul seawal 6.00 pagi sebelum melalui laluan sekitar pusat bandar Sibu dalam suasana cuaca yang baik.

ANTARA peserta yang memeriahkan Larian Santai dan Jalan Santai sempena Program Sarawakku Sayang di Dataran Tun Tuanku Bujang di Sibu hari ini.

Selain larian dan berjalan santai, Cabaran Aerobikthon 2026 yang berlangsung di khemah utama turut mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan ratusan peserta.

Program SKS Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung selama tiga hari melabuhkan tirainya hari ini selepas menampilkan pelbagai pengisian melibatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan, pameran, aktiviti komuniti dan program rekreasi yang berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Jangan sekadar jadi pemerhati, belia luar bandar digesa rebut peluang ekonomi baharu
Next: Huang tinjau isu trafik di Jalan Meruton/Merudu dan Pekan Jakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.