Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 5,000 rumah musnah dalam gempa bumi di Afghanistan -PBB
  • GLOBAL

Lebih 5,000 rumah musnah dalam gempa bumi di Afghanistan -PBB

Utusan Sarawak 2 days ago
PENDUDUK Afghanistan berkumpul berhampiran rumah yang rosak selepas gempa bumi di perkampungan Mazar Dara, daerah Nurgal, wilayah Kunar di Timur Afghanistan, pada 1 September 2025. Lebih 800 orang dilaporkan maut dan lebih 2,700 cedera dari malam 31 Ogos hingga 1 September 2025 selepas gempa bumi bermagnitud 6 melanda timur Afghanistan, diikuti sekurang-kurangnya lima gempa susulan yang dirasai ratusan kilometer jauhnya. Foto AFP

GENEVA: Kira-kira 5,400 rumah musnah dalam satu gempa bumi yang melanda Pergunungan Hindu Kush di Afghanistan, lapor Agensi Berita Rusia (TASS), memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

“Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan pihak berkuasa de facto (DfA) yang kini melaporkan lebih 1,400 orang maut, 3,100 lagi cedera dan sehingga 5,400 rumah musnah,” menurut kenyataan itu.

PENDUDUK Afghanistan berkumpul berhampiran rumah yang rosak selepas gempa bumi di perkampungan Mazar Dara, daerah Nurgal, wilayah Kunar di Timur Afghanistan, pada 1 September 2025. Lebih 800 orang dilaporkan maut dan lebih 2,700 cedera dari malam 31 Ogos hingga 1 September 2025 selepas gempa bumi bermagnitud 6 melanda timur Afghanistan, diikuti sekurang-kurangnya lima gempa susulan yang dirasai ratusan kilometer jauhnya. Foto AFP

Menurut agensi itu, “kesan gempa bumi ini diburukkan lagi oleh struktur rumah yang tidak kukuh atau dibina dengan lemah menggunakan batu kering, batuan dan kayu tanpa elemen tahan gempa, ditambah pula dengan hujan lebat beberapa hari sebelum kejadian yang melonggarkan struktur tanah.”

Ia turut menyatakan tempat perlindungan kecemasan dan barangan bukan makanan, bekalan perubatan penting, air minuman, bantuan makanan kecemasan dan kemudahan sanitasi kecemasan masih menjadi “keutamaan mendesak.”

Gempa bumi 6.2 magnitud melanda Pergunungan Hindu Kush di Afghanistan pada 31 Ogos.

Pusat gempa terletak 27 kilometer ke barat daya bandar Asadabad di timur negara itu.

Gegaran kuat itu memusnahkan keseluruhan kampung, manakala kejadian tanah runtuh telah menghalang jalan ke beberapa penempatan serta mengganggu talian komunikasi. Operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan pergunungan terpencil.

Menurut data terkini pihak berkuasa Afghanistan, jumlah kematian akibat gempa meningkat kepada 1,411 orang, manakala 3,124 lagi cedera. Satu lagi gempa bumi 5.5 magnitud menggegarkan Pergunungan Hindu Kush pada 2 September.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pompa, perarakan dan kehebatan di perarakan tentera Beijing
Next: 15 maut funikular Lisbon tergelincir, rempuh bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.