Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 4,000 pengunjung meriahkan Gawai DUN Tebedu 2025
  • WILAYAH

Lebih 4,000 pengunjung meriahkan Gawai DUN Tebedu 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada memeriahkan rumah terbuka Gawai Dayak 2025 anjuran Pusat Khidmat DUN Tebedu, hari ini. Foto UKAS

TEBEDU: Rumah terbuka Gawai Dayak 2025 anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu berjaya menarik kehadiran lebih 4,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis yang bermula seawal 9.30 pagi itu berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian kebudayaan, antaranya persembahan tarian tradisional oleh Kelab Kebudayaan Mironcong Kampung Krusen, Kelab Kebudayaan Kampung Jenan dan Taee serta persembahan nyanyian daripada artis tempatan terkenal seperti Suzie Kay dan Darren Wooden Gun.

ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada memeriahkan rumah terbuka Gawai Dayak 2025 anjuran Pusat Khidmat DUN Tebedu, hari ini. Foto UKAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada selaku tuan rumah menyifatkan majlis ini bukan sekadar sambutan perayaan tetapi juga sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat serta pengunjung dari luar kawasan.

“Rumah terbuka ini merupakan ruang terbaik untuk saya dan seluruh pasukan Pusat Khidmat DUN Tebedu berinteraksi secara langsung dengan rakyat, mendengar pandangan serta mengukuhkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian budaya yang kita miliki,” ujar beliau dalam ucapannya, hari ini.

–UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 512 Agihan daging korban eratkan ukhuwah komuniti Islam Serian
Next: ADUN Tellian sumbang lima ekor lembu korban sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.