Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lebih 4,000 murid cicir kembali ke sekolah, hasil keberkesanan SiPKPM
  • PENDIDIKAN

Lebih 4,000 murid cicir kembali ke sekolah, hasil keberkesanan SiPKPM

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan Wong Kah Woh bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Hasil keberkesanan Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM) berjaya membawa 4,758 murid cicir kembali ke sekolah bagi tempoh 10 Februari hingga hari ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,708 murid cicir yang berjaya kembali ke sekolah pada 2024, sekali gus membuktikan pendekatan berasaskan data dan pemantauan berterusan mampu meningkatkan kadar kemasukan semula murid ke dalam sistem pendidikan negara.

“Terkini, SiPKPM telah diintegrasikan dengan pengaplikasian kecerdasan buatan (AI) yang dapat meramal laluan pembelajaran dan juga laluan kerjaya murid berisiko cicir dan murid cicir yang berada di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) hingga mereka di tingkatan lima.

“Ramalan ini membantu KPM mengekalkan murid berisiko cicir dan murid cicir agar mereka meneruskan persekolahan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Wong menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai tahap keberkesanan SiPKPM dalam mengesan pergerakan kanak-kanak warganegara secara komprehensif, termasuk murid cicir dan kanak-kanak yang tidak mendapat akses pendidikan.

Menurut beliau, SiPKPM meliputi data semua kanak-kanak dalam umur prasekolah dari tahun satu hingga tingkatan lima termasuk murid di institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan agama.

Beliau berkata berdasarkan data KPM, antara faktor utama murid cicir adalah kerana tidak berminat ke sekolah, bekerja, masalah keluarga dan menghidap sakit kronik.– Bernama

Continue Reading

Previous: PRO-DR kembali ke Siburan 20 Ogos ini
Next: 15,000 permohonan Bantuan Kewangan Khas Pelajar Sarawak telah diluluskan – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.