Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 40 orang diselamatkan banjir kilat di Sydney
  • GLOBAL

Lebih 40 orang diselamatkan banjir kilat di Sydney

Utusan Sarawak 3 hours ago
CUACA buruk berterusan menyebabkan gangguan lalu lintas apabila banjir kilat menutup beberapa jalan utama. Foto AGENSI


SYDNEY: Pihak berkuasa menyelamatkan lebih 40 orang pada malam Khamis selepas hujan lebat melanda Sydney, sehingga menyebabkan banjir kilat dan gangguan bekalan elektrik, lapor Xinhua.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri New South Wales (NSW SES) menyatakan bahawa ia telah menjalankan 42 operasi menyelamat banjir di tengah dan barat Sydney dari malam Khamis hingga pagi Jumaat.

NSW SES memaklumkan bahawa ia menerima 495 panggilan bantuan di metropolitan Sydney selepas beberapa kawasan pinggir bandar mencatatkan taburan hujan melebihi 100 milimeter (mm) dalam tempoh tiga jam.

Banjir kilat itu mengakibatkan penutupan jalan utama dan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan ribuan hartanah.

Biro Meteorologi (BoM) meramalkan ribut petir akan berterusan di seluruh Sydney sepanjang hari Jumaat, yang membawa sehingga 70mm taburan hujan. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Dua maut dalam kejadian runtuhan salji di utara Itali
Next: Anak ‘godfather petrol’ Indonesia dipenjara dalam kes rasuah AS$17 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.