Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 39,000 pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan April 2026 – SPR
  • NASIONAL

Lebih 39,000 pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan April 2026 – SPR

Utusan Sarawak 3 hours ago
SPR merekodkan 39,111 pemilih baharu didaftarkan secara automatik dalam Daftar Pemilih Tambahan April 2026, yang kini dibuka untuk semakan sehingga 19 Jun ini.

PUTRAJAYA: Sebanyak 39,111 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu di bawah Daftar Pemilih Tambahan April 2026 (DPT BLN4/2026), dalam tempoh 1 hingga 30 April lepas,.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata DPT BLN4/2026 yang diperaku pada 20 Mei dan diwartakan hari ini, turut mengandungi 15,880 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya serta 1,369 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.

“DPT BLN4/2026 ini dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 19 Jun 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Shahril berkata SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April tahun ini serta mana-mana pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status, supaya menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2026.

Beliau berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian 03-8892 7218.

Khairul Shahril berkata sekiranya pemilih tidak disenaraikan dalam DPT BLN4/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.

Beliau berkata pemilih berdaftar berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang bertukar ke bahagian pilihan raya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri berkenaan.

Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal pejabat pilihan raya negeri di http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada pengarah pilihan raya negeri berkenaan untuk serahan serta pembayaran fi bantahan pada waktu pejabat sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2026. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pelanjutan Skim Simen Rahmah bantu tangani peningkatan kos pembinaan – REHDA
Next: Malaysia perluas pelan pemuliharaan terumbu karang ke Semenanjung dan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.