Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 3,000 sertai himpunan ‘Justice for Zara Qairina’ di Labuan
  • SEMASA

Lebih 3,000 sertai himpunan ‘Justice for Zara Qairina’ di Labuan

Utusan Sarawak 22 hours ago
PEMERGIAN pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, dari Sipitang, Sabah, meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti Labuan apabila lebih 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun hari ini dalam satu perhimpunan solidariti menuntut keadilan untuknya. Foto Bernama

LABUAN: Pemergian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, 13, dari Sipitang, Sabah, meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti Labuan apabila lebih 3,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun hari ini dalam satu perhimpunan solidariti menuntut keadilan untuknya.

Perhimpunan yang berlangsung di Medan Selera Labuan bersempena acara Labuan Bike itu dianjurkan oleh Kelab Wanita Sejahtera dan diketuai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Acara itu menyaksikan perpaduan luar biasa apabila pemimpin politik tempatan termasuk wakil PKR dan Warisan naik ke pentas menyampaikan ucapan penuh semangat menuntut kebenaran, keadilan, serta penghentian keganasan terhadap kanak-kanak.

Ramai peserta hadir berpakaian serba hitam sambil membawa plakad tertera nama Zara, “Justice for Zara Qairina” dan “Stop Bullying”.

Mohd Rafi menyifatkan kehadiran itu sebagai satu manifestasi solidariti yang merentasi sempadan politik dan sosial.

“Ini bukan sekadar isu politik atau sosial, tetapi isu kemanusiaan. Kita berdiri bersama-sama menuntut keadilan untuk Zara Qairina,” katanya ketika berucap di hadapan hadirin.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada kira-kira pukul 4.00 pagi.

Dalam perkembangan berkaitan, kubur Zara Qairina digali semula petang semalam dan jenazahnya dibawa ke Kota Kinabalu, lewat malam tadi.

Bedah siasat dijalankan pagi ini di Hospital Queen Elizabeth I bagi membantu siasatan polis yang sedang berlangsung berhubung kematiannya, yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Proses gali semula kubur Zara Qairina selesai malam ini
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 9 malam ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.