Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 20,000 tuntut reformasi monarki
  • GLOBAL

Lebih 20,000 tuntut reformasi monarki

Utusan Sarawak 5 years ago
PETISYEN tersebut dikemukakan kepada Ketua Polis Metropolitan di hadapan Grand Palace. • Foto AFP

BANGKOK: Protes bersejarah di Bangkok, Thailand berakhir semalam selepas satu petisyen dikemukakan oleh penunjuk perasaan.

Ia menuntut reformasi monarki, termasuk mengehadkan kuasa raja dan perbincangan bebas berhubung sistem pemerintahan beraja.

Petisyen tersebut dikemukakan kepada Ketua Polis Metropolitan di hadapan Grand Palace.

Media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya 20,000 peserta menyertai protes pada Ahad.

Penunjuk perasaan turut memasang sebuah plak di Sanam Luang sebagai simbol gerakan demokrasi baharu.

Pada plak itu terpahat tuntutan penunjuk perasaan bahawa “negara ini milik rakyat, dan bukan milik monarki’.

Protes dijangka berterusan sehingga mencapai kemuncak pada 14 Oktober yang merupakan ulang tahun pemberontakan pelajar pada 1973.

Protes bersejarah ini melanggar tradisi rakyat Thailand dengan mencabar kuasa raja secara terbuka.

Salah laku fitnah terhadap institusi diraja Thailand boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga ke 15 tahun.-AFP

Continue Reading

Previous: Lufthansa umum langkah penjimatan lebih menyeluruh
Next: Import kereta Vietnam meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.