KUCHING: Lebih 20,000 orang mengunjungi Festival Kamek Miak Sarawak ‘Amal dan Budaya Makanan’ 2022 di Dataran Perayaan Petra Jaya, hari ini.
Festival ini diadakan selama dua minggu bermula semalam hingga 6 Disember nanti dengan lebih 100 gerai pelbagai jenis makanan, minuman dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga program menarik sepanjang festival seperti pertandingan karaoke, Gendang Melayu Sarawak, persembahan kebudaayan, taman tema, rumah hantu, persembahan bunga api, cabutan bertuah dan banyak lagi program lain yang menarik.
Artis tempatan turut memeriahkan festival ini dengan persembahan nyanyian seperti Sam Innuendo, Adi Johar, JJ Busker dan banyak lagi.
Festival itu dirasmikan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayed Azmi Wan Junaidi di Dataran Perayaan Petra Jaya.
Oleh Mohd Neenatul Aizal dan Shahrul Qaizat