Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikumpul setiap hari di KL, pelan ke arah sifar sisa 2040
  • NASIONAL

Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikumpul setiap hari di KL, pelan ke arah sifar sisa 2040

Utusan Sarawak 7 hours ago
FOTO Laman X@ Dr Zaliha Mustafa.

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikutip setiap hari di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. 

Beliau berkata jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ini satu angka yang besar dan membimbangkan. Justeru, kita tidak boleh lagi bertindak secara reaktif atau berpuas hati dengan pendekatan lama.

“Kita tidak punya banyak masa. Kita perlu bermula sekarang. Ibu kota ini perlu diwariskan kepada generasi masa depan. Saya tidak mahu dalam kepimpinan saya, tiada sebarang agenda mahupun tindakan untuk menyelesaikan isu yang sepatutnya sudah lama diselesaikan ini,” katanya menerusi hantaran di platform X. 

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur ke Arah Sifar Sisa 2040, yang juga satu komitmen besar ke arah menjadikan ibu negara lebih bersih dan lestari. 

Dr Zaliha berkata melalui pelan itu, negara menyasarkan pengurangan 20 peratus sisa organik dan 40 peratus sisa bukan organik (20:40) ke tapak pelupusan menjelang 2040.

“Ini bukan sahaja memerlukan perubahan sistem, tetapi perubahan budaya,” katanya. 

Beliau berkata usaha itu tidak boleh dipikul DBKL semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara bersama oleh semua pihak termasuk kerajaan, industri, komuniti dan institusi pendidikan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Nasi Lemak Burung Hantu rancang buka cawangan di setiap negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.