Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,000 pintu rumah panjang terima bantuan projek pintu
  • WILAYAH

Lebih 2,000 pintu rumah panjang terima bantuan projek pintu

Utusan Sarawak 2 years ago
TERIMA KASIH… Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan bantuan projek pintu kepada penduduk rumah panjang di kawasan DUN Repok. 

SARIKEI: Lebih 2,000 pintu rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok telah menerima bantuan projek pintu dari Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. 

Huang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata, bantuan tersebut adalah bersempena perayaan Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi. 

“Bantuan ini merupakan sebahagian bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak. 

“Terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana amat memahami keperluan rakyat Sarawak,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Oleh itu, katanya beliau berharap bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. 

“Setiap kali perayaan Hari Gawai, setiap rumah panjang pasti mempunyai perancangan aktiviti untuk memeriahkan lagi perayaan ini. 

“Dengan adanya bantuan projek pintu ini, diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” ujarnya. 

Bantuan projek pintu tersebut telah diserahkan oleh Kapitan Ling Dien Yong selaku wakil Huang kepada rumah-rumah panjang di kawasan DUN Repok. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Adeni, Salbiah johan qari, qariah Tanjung Manis
Next: Sekitar 1,000 tetamu meriahkan Pra Gawai Dayak Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.