Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,000 peserta ambil semangat Rentap dalam perarakan Gawai
  • WILAYAH

Lebih 2,000 peserta ambil semangat Rentap dalam perarakan Gawai

Utusan Sarawak 2 years ago

BETONG: Lebih 2,000 peserta segak berpakaian tradisional Dayak umpama pahlawan Iban terkenal Sarawak Rentap, menyertai perarakan Gawai Dayak peringkat Bahagian Betong di sini, pagi tadi.

Perarakan penuh warna-warni yang melibatkan 36 kontijen itu berarak sejauh 1.8 kilometer, bermula dari Kompleks Sukan Betong dan berakhir di Dewan Panglima Rentap di sini.

Selain komuniti setempat, perarakan itu turut disertai peserta dari Sabah dan juga semenanjung negara, daripada pelbagai peringkat usia.

Perarakan diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, yang diberi penghormatan membakar sumbu meriam yang pernah digunakan oleh pahlawan Rentap semasa mempertahankan kubu di Bukit Sadok dari serangan musuh, sebagai gimik sambutan.

Tema Sambutan Gawai Dayak di Sarawak pada tahun ini adalah ‘Segulai Sejalai’ yang membawa maksud ‘bersama melangkah ke hadapan’.

Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata ‘Segulai Sejalai’, frasa bahasa Iban di Sarawak akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Katanya beliau tertarik dengan frasa berkenaan yang menjadi moto dalam majlis sambutan Gawai Dayak peringkat kebangsaan yang dihadirinya di sini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Abang Johari sertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Miri-Bintulu esok
Next: 2,400 peserta sertai larian amal sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.