Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 2,000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity, Jalan Wawasan
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 2,000 pengunjung hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity, Jalan Wawasan

Utusan Sarawak 4 hours ago
 TIANG….Bersalaman bertanyakan khabar pengunjung sambil mengagihkan angpau pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity, Jalan Wawasan, hari ini.

SIBU: Semangat perpaduan jelas terserlah apabila lebih 2,000 pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee di Unicity, Jalan Wawasan, hari ini.

Menurutnya, penganjuran rumah terbuka itu merupakan kali pertama diadakan di lokasi berkenaan bersama pasukannya.

Katanya, sambutan yang amat menggalakkan jelas menunjukkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di kawasan tersebut.

“Saya mendoakan agar semua yang hadir dikurniakan kesihatan yang baik, tubuh badan yang kuat serta tahun yang makmur dan sejahtera,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut.

Majlis yang berlangsung dari 11.00 pagi hingga 1.00 petang itu, dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama, sekaligus menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan.

 UNTUK KENANGAN….Tiang merakam kenangan bersama semua tetamu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Unicity, Jalan Wawasan, hari ini.

Pada majlis tersebut, Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu meluangkan masa bersalaman dengan tetamu yang hadir, sambil mengagihkan angpau.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa, tarian kebudayaan masyarakat Cina dan jamuan.

Turut hadir, ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) masyarakat Cina.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pemberian limau mandarin lambang doa kemakmuran, eratkan perpaduan di Saratok
Next: Pembangunan infrastruktur di Sibu terus dipergiat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.