Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 200 veteran Sarawak hadiri upacara Hari Pahlawan
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 200 veteran Sarawak hadiri upacara Hari Pahlawan

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KENANGAN…. Presiden PVTLDMCNS, Pegawai Waran 1 (B) Unyok Dasi (tiga kiri) dan ahli-ahli jawatankuasa induk merakam gambar kenangan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

SIBU: Lebih 200 ahli Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia Cawangan Negeri Sarawak (PVTLDMCNS) berjaya menghadiri upacara Hari Pahlawan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, mengukuhkan silaturahim dengan rakan-rakan veteran di Semenanjung.

Menurut presidennya, Pegawai Waran 1 (B) Unyok Dasi, upacara di Tugu Negara, Kuala Lumpur dianjurkan oleh Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA), manakala acara terkini yang dihadiri baru-baru ini di Pulau Pinang pula dianjurkan oleh Persatuan Veteran Keselamatan Pulau Pinang.

“Upacara tersebut dihadiri lebih 500 veteran dari seluruh negara dan dari luar negara termasuk dari Australia, Great Britain, Kanda, Nepal, New Zealand dan Thailand telah diadakan di tebingan Padang Kota Pulau Pinang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, tetamu kehormat pada upacara tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, manakala Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, turut hadir. Pada sebelah malam, mereka menghadiri majlis makan malam di Kelab Sukan Pulau Pinang.

“Pihak penganjur amat teruja dengan kehadiran kami memeriahkan upacara tersebut walaupun datang dari jauh dan berharap boleh memenuhi jemputan mereka pada tahun-tahun akan datang.

“Kejayaan kami menyantuni jemputan itu bukan saja memperkenalkan PVTLDMCNS serta mengerat hubungan silaturahim dengan rakan-rakan veteran di semenanjung malah sebagai tanda pengiktirafan kepada persatuan serta ahli-ahli dan veteran Sarawak secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang merangka aktiviti sepanjang tahun depan termasuk menyantuni serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli persatuan di seluruh Sarawak.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPS anjur sambutan Krismas 2025 ‘A Christmas in Borneo’ di Dataran Tun Tuanku Bujang
Next: MPS gesa premis makanan tingkatkan kebersihan, jaga imej bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.