Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 200 sertai larian keluarga sempena karnival PIBG SK St. Michael Entingan
  • Selatan
  • WILAYAH

Lebih 200 sertai larian keluarga sempena karnival PIBG SK St. Michael Entingan

Utusan Sarawak 6 days ago
SEKITAR suasana Karnival PIBG SK St. Michael Entingan sempena Hari SK St. Michael Kampung Entingan.

KOTA SAMARAHAN: Lebih 200 peserta terdiri daripada guru, ibu bapa serta murid menyertai acara larian keluarga sempena Karnival PIBG SK St. Michael Entingan, Kampung Entingan, yang berlangsung penuh meriah semalam.

Guru Besar SK St. Michael Entingan, Brown Sang, berkata penganjuran karnival itu mendapat sokongan padu daripada semua pihak yang hadir.

Acara tersebut bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dan komuniti setempat.

SEKITAR suasana Karnival PIBG SK St. Michael Entingan sempena Hari SK St. Michael Kampung Entingan.

Suasana karnival turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan, termasuk cabutan tiket bertuah yang dinantikan ramai.

“Kita amat berterima kasih kepada ibu bapa dan guru yang berganding bahu menjayakan karnival ini. Semangat kerjasama inilah yang menjadikan sekolah terus cemerlang,” ujarnya.

Beliau menambah, program berkenaan turut membuka ruang kerjasama dengan pelbagai agensi lain.

“Penglibatan pihak kesihatan dan NGO bukan sahaja menambah variasi aktiviti, malah memberi nilai tambah kepada murid serta masyarakat yang hadir,” jelasnya.

SEKITAR suasana Karnival PIBG SK St. Michael Entingan sempena Hari SK St. Michael Kampung Entingan.

Kemeriahan bertambah apabila artis Iban popular, Mawat, turut membuat persembahan istimewa, sekali gus menghiburkan para hadirin yang membanjiri pekarangan sekolah sejak awal pagi.

Karnival tersebut menjadi bukti bahawa usaha memperkukuh hubungan antara sekolah dan komuniti dapat dilakukan melalui program yang santai dan bermanfaat.

Selain itu, program itu juga mampu menanamkan semangat kebersamaan serta nilai gotong-royong yang terus relevan dalam masyarakat.

Sementara itu, PIBG SK St. Michael Entingan turut berhasrat menjadikan karnival seumpama ini sebagai acara tahunan yang lebih besar dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tumpahan minyak di Jalan Melayu, BBP Lutong bertindak pantas kawal situasi
Next: APM Telang Usan musnahkan sarang lebah di atap gereja BEM Temalak, Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.