Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 200 peserta sertai Cabaran Muaythai Antarabangsa Bintulu edisi ke-3
  • SUKAN

Lebih 200 peserta sertai Cabaran Muaythai Antarabangsa Bintulu edisi ke-3

Utusan Sarawak 9 hours ago
RASMI…Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng (tujuh dari kanan) mewakili Menterinya Dato’ Seri Tiong King Sing melakukan simbolik perasmian Cabaran Muaythai Antarabangsa Bintulu edisi ke-3 di Bintulu. Foto: Liong Chai Ling

BINTULU: Lebih 200 peserta termasuk dari luar negara turut mengambil bahagian Cabaran Muaythai Antarabangsa Bintulu edisi ke-3 (BAMC Vol. 3) yang telah bermula sejak 26 Jun lepas hingga esok di Naim Street Mall.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim berkata PMNS sentiasa menyokong usaha mana-mana persatuan mahupun kelab di semua bahagian dalam menganjurkan kejohanan seperti ini.

“Melalui kejohanan seperti ini, kita dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh kita serap dalam skuad negeri sebagai persiapan kejohanan peringkat kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya percaya Bintulu mempunyai ramai lagi atlet muaythai yang berpotensi seperti Aman Koboi yang pernah mengharumkan nama negara di pentas Sukan SEA,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Penasihat Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu, Daud Mohamed pada majlis perasmian cabaran  tersebut.

Majlis itu dirasmikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng mewakili Menterinya, Dato’ Seri Tiong King Sing.

Melalui penganjuran cabaran ini, Jumaat berkata ia secara tidak langsung dapat mengajak belia di sini untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sihat.

“Secara tidak langsung, usaha seperti ini dapat membantu dalam membasmi gejala sosial dalam kalangan belia di Sarawak khususnya di Bintulu ini.

“Semua peserta bertarunglah dengan semangat setiakawan dan kekalkan disiplin tinggi sepanjang masa,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 68 murid sertai Pertandingan Badminton Piala Datuk Ding di Bintangor
Next: Larian Eko Pengakap 4.0 pupuk semangat cinta alam sekitar, gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.