Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 20 pasukan sertai Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad
  • SUKAN

Lebih 20 pasukan sertai Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad

Utusan Sarawak 10 hours ago
SENATOR Dato’ Ahmad menyerahkan cek sumbangan kepada Presiden Persatuan Tenpin Boling Sarawak (ABAS) Sunny Si disaksikan Naib Presiden ABAS Robert Lu dan Setiausaha ABAS Caroline Chien bagi melaksanakan program boling di sekolah.

KUCHING: Lebih 20 pasukan menyertai Pertandingan Boling Piala Senator Dato’ Ahmad Ibrahim yang berlangsung penuh meriah di Megalanes Batu Kawa hari ini, sekali gus mencerminkan semangat kekeluargaan dan perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat setempat.

Pertandingan anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawa itu telah dirasmikan sendiri oleh Senator Dato’ Ahmad yang juga Ketua Cawangan PBB Batu Kawa merangkap Ahli Majlis Tertinggi PBB Sarawak.

Turut menyerikan acara Timbalan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Islam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Sebagai tanda sokongan kepada pembangunan sukan akar umbi, Dato’ Ahmad turut menyampaikan cek sumbangan kepada Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) bagi melaksanakan program boling di sekolah yang menyasarkan penyertaan pelajar sekolah dalam sukan secara berstruktur dan berterusan.

“Saya amat berbesar hati melihat penglibatan seisi keluarga dalam suasana harmoni dan inilah nilai kekitaan dan semangat perjuangan kita,” ujar beliau dalam ucapan perasmian pertandingan tersebut.

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah, sesi bergambar dan suasana kemesraan yang mencerminkan jati diri komuniti Batu Kawa yang bersatu padu.

Turut hadir memeriahkan pertandingan ialah Presiden Persatuan ABAS, Sunny Si, Naib Presiden ABAS Robert Lu dan Setiausaha ABAS Caroline Chien.

KATEGORI berempat campuran lelaki dan wanita, PBB Cawangan 2 dinobatkan sebagai juara utama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,190 dalam dua permainan hari ini.

Sebanyak 22 pasukan bertanding dalam kejohanan ini yang terdiri daripada pelbagai cawangan PBB dan agensi jemputan termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kawa, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Negeri, PBB Ibu Pejabat, PBB Batu Kitang, Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Muay Thai Kenyalang (MTK), SABERKAS Batu Kitang, dan Man Canai Stapok termasuk pasukan daripada PBB Cawangan 1 dan 2, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Belia 1828, serta ranting-ranting PBB seperti Sinar Budi Baru, Sinar Budi Lama, Rantau Panjang, RPR 2, Burung Lilin dan Taman Desa Wira.

Bagi kategori berempat campuran lelaki dan wanita, PBB Cawangan 2 dinobatkan sebagai juara utama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,190 dalam dua permainan, diikuti oleh Ranting PBB Burung Lilin selaku naib juara dengan kutipan 942 pin, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pergerakan Sayap Wanita Cawangan PBB Batu Kawa dengan jumlah 876 pin.

Sementara itu, bagi kategori jemputan, pasukan SABERKAS Batu Kitang muncul juara dengan catatan 816 jatuhan pin, diikuti MPP selaku naib juara dengan 808 pin, dan SUPP Batu Kawa di tempat ketiga dengan 763 pin.

Kategori individu turut menyaksikan keunggulan pemain terbaik kejohanan Zaerah Saini, yang mempamerkan prestasi cemerlang dan menerima penghargaan khas daripada pihak penganjur.

Pertandingan ini telah dikendalikan dengan lancar oleh Pengurus Kejohanan, Mohamad Yusrizalmi Kassim, yang turut menjadi tunjang utama kejayaan penganjuran acara ini.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Anak Sarawak, Kabilan Jelevan tumbangkan petarung Indonesia di BYON 5
Next: Pasukan Rebak dari Debak muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.