Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 180 maut atau hilang dalam beberapa insiden kapal karam di Laut Mediterranean
  • GLOBAL

Lebih 180 maut atau hilang dalam beberapa insiden kapal karam di Laut Mediterranean

Utusan Sarawak 6 hours ago

GENEVA: Beberapa insiden kapal karam di Laut Mediterranean sejak 28 Mac lepas menyebabkan lebih 180 orang dikhuatiri maut atau hilang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian atau kehilangan di rantau itu hampir mencecah 1,000 orang tahun ini, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Selasa, lapor Xinhua.

Menurut IOM, korban jiwa itu sebahagian besarnya disebabkan oleh beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini.

Pada 5 April, sebuah vesel yang membawa kira-kira 120 orang terbalik di tengah Mediterranean selepas bertolak dari Tajoura, Libya, menyebabkan lebih 80 migran hilang.

Sebelum itu pada 1 April, seramai 19 orang ditemukan maut di atas sebuah bot berhampiran Lampedusa di selatan Itali dengan mangsa yang terselamat memaklumkan bot itu berlepas dari Zuara, Libya pada malam antara 28 dan 29 Mac.

Pada hari yang sama, sekurang-kurangnya 19 migran maut apabila sebuah bot getah terbalik di Laut Aegean berhampiran Bodrum, Turkiye semasa dalam perjalanan ke Greece, manakala beberapa yang lain berjaya diselamatkan.

Selain itu, satu insiden kapal karam berhampiran Sfax, Tunisia pada 30 Mac lepas mengorbankan 19 orang dan menyebabkan kira-kira 20 yang lain hilang, manakala sebuah lagi vesel yang berlepas dari timur Libya tenggelam berhampiran Crete, Greece pada 28 Mac, meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa.

IOM melaporkan bahawa sejak awal 2026, sekurang-kurangnya 990 orang direkodkan terkorban atau hilang di Laut Mediterranean.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Afrika Selatan terima penghantaran pertama ubat cegah HIV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.