Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 1,500 peserta hadiri zumba meriahkan pembukaan Sambutan Hari Sarawak
  • SUKAN

Lebih 1,500 peserta hadiri zumba meriahkan pembukaan Sambutan Hari Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
MERIAH...Sebahagian peserta hadir memeriahkan Program Zumba sempena Sambutan Hari Sarawak yang diadakan di Stadium Tertutup Miri, hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.


MIRI: Suasana penuh warna-warni, meriah dan bertenaga menyelubungi Stadium Tertutup Miri hari ini apabila kira-kira 1,500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai Program Zumba sempena Sambutan Hari Sarawak.

Program itu sebagai ‘kick off’ sambutan Hari Sarawak  yang berlangsung di bandar raya ini selama tiga hari bermula hari ini.

Program Zumba itu telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Bertanggungjawab Sambutan Hari Sarawak 2025, Dato Sri Lee Kim Shin.

Pada malam ini, majlis kesyukuran pelbagai agama diadakan di Hotel Meritz sebagai simbol perpaduan rakyat dan akan dihadiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pada 21 Julai, majlis kesyukuran Islam akan berlangsung di Masjid At-Taqwa Miri sebagai pengisian rohani menjelang kemuncak sambutan.

Majlis kesyukuran ini akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir nanti Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kemuncak sambutan pada 22 Julai akan dimulakan dengan acara Unity Walk dari Stadium Bandaraya Miri yang dijangka disertai lebih 5,000 peserta.

Pada hari sama, satu sesi dialog awam bersama rakyat akan diadakan di Hotel Imperial Miri sebagai platform menyuarakan pandangan dan aspirasi kepada kerajaan yang akan dihadiri Abang Johari.

Pada sebelah malam pula akan menyaksikan Perhimpunan Hari Sarawak di Stadium Bandaraya Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Penyertaan sulung lebih 600 peserta pelbagai latar
Next: Seri menentang Pacquiao, Barrios kekal gelaran welterweight

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.