Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Lebih 14.6 juta rakyat terima manfaat RON95 setakat 11 Februari – Amir Hamzah
  • BISNES

Lebih 14.6 juta rakyat terima manfaat RON95 setakat 11 Februari – Amir Hamzah

Utusan Sarawak 5 hours ago
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR: Lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) setakat 11 Februari 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata sistem BUDI95 telah memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa masalah.

“Melalui BUDI95, rakyat menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter secara terus di pam minyak tanpa pendaftaran baharu atau proses yang rumit.

“Penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan dalam penyasaran subsidi telah terbukti berkesan dan praktikal,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai fiskal reformasi yang berjaya dilaksanakan dengan baik seperti BUDI95 dan rancangan kerajaan untuk mereplikasikan kejayaan mekanisme penyelarasan tersebut kepada barangan lain seperti minyak masak dan gula.

Amir Hamzah berkata pada masa yang sama, pengesahan berasaskan identiti warganegara membantu mengurangkan ketirisan kepada bukan warganegara.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji penggunaan MyKad untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Katanya penelitian lanjut sedang dilaksanakan untuk meluaskan penggunaan ekosistem sedia ada berasaskan MyKad, termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam pemantauan penjualan minyak masak bersubsidi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Next: Sarawak sasar ekonomi bernilai tinggi, perkukuh kedudukan dalam ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.