Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 1,300 kanak-kanak meriahkan peraduan mewarna Farley Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 1,300 kanak-kanak meriahkan peraduan mewarna Farley Sibu

Utusan Sarawak 23 hours ago
SESAK…Warga ibu bapa berpusu-pusu berdekatan pentas utama menunggu keputusan.

SIBU: Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Tahunan Farley Sibu kali ke-19 mencuri perhatian ramai apabila seramai 1,300 peserta cilik berhimpun untuk meraikan pesta mewarna di premis Farley, Jalan Salim baru-baru ini.

Antara yang mencuri tumpuan ialah Ivan Law Lik Cheng, yang diumumkan sebagai johan Kumpulan A (umur 10-12 tahun), diikuti oleh Ashley Hwang Zhen Yuan di tempat ke dua dan Edric Yong Tian Jun di tempat ketiga.

FOKUS…Kanak-kanak fokus melukis.

Dalam Kumpulan B (Tahun 1-3), Vivian Teng Jia En muncul juara, manakala Edlyn Yong Yann Ru meraih tempat kedua dan Sharon Wong Sie Yu di tempat ketiga.

Bagi Kumpulan C (kategoti tadika), gelaran juara disandang oleh Tristan Ting Ding Rui, manakala Aaron Ting Zu Yue dan Hii Shan Qi masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

GEMBIRA…Pemenang tiga teratas dalam Kumpulan A (umur 4 hingga 6 tahun) kelihatan gembira menerima hadiah.

Sambutan yang meriah bukan sahaja tertumpu kepada pertandingan mewarna, tetapi turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menghiburkan dan bermanfaat.

Antaranya ialah sesi soal jawab berhadiah, pameran trak bomba dan kenderaan polis, klinik pergigian bergerak, serta pemeriksaan kesihatan percuma yang turut mendapat sambutan daripada para ibu bapa dan penjaga.

Persembahan badut ceria, lengkap dengan aksi lucu dan pemberian belon, menceriakan lagi suasana.

Kanak-kanak turut menikmati aktiviti seperti lukisan muka yang penuh warna-warni, selain menyediakan pelbagai stesen makanan ringan untuk seisi keluarga.

KENANGAN…Seorang kanak-kanak berasa teruja bergambar kenangan di atas motosikal polis.

Peraduan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat seni anak-anak sejak usia muda, malah menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam aktiviti berunsur pendidikan dan kekeluargaan.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua peserta, ibu bapa, guru dan sukarelawan yang menjayakan acara ini, serta berikrar untuk terus menyokong pembangunan sahsiah dan kreativiti generasi muda di Sibu.

Oleh Raihan Omera Kausar

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gunakan dana peruntukan secara berhemah, elak salah guna
Next: YADIM Sarawak salur bantuan RM42,350 kepada 242 pelajar asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.