Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 10,000 peserta dijangka sertai Perarakan Krismas ACS 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 10,000 peserta dijangka sertai Perarakan Krismas ACS 2025

Utusan Sarawak 5 hours ago
MERIAH…Jose (duduk tengah) bersama penyanyi lagu Krismas terlibat merakamkan kenangan bersama Grace (duduk, tiga kanan) serta penduduknya semasa acara nyanyian lagu Krismas di Sungai Salim, Sibu baru-baru ini.

SIBU: Dianggarkan lebih 10,000 peserta dijangka menyertai Perarakan Krismas anjuran Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) Cawangan Sibu 2025 yang akan diadakan pada 13 Disember ini.

Pengerusinya Archdeacon Jose Jol Endru berkata, tahun ini Gereja Roman Katolik akan menjadi penganjur perarakan tersebut.

“Kita mengharapkan cuaca baik pada hari perarakan tersebut kelak. Saya percaya jika cuaca baik akan lebih banyak peserta akan menyertainya seperti tahun lepas,” katanya ditemui pemberita selepas mengetuai acara nyanyian lagu Krismas sempena Krismas di Rumah Grace Itun Upo, Sungai Salim di sini, baru-baru ini. 

Lebih 50 penyanyi lagu Krismas dari gereja tersebut telah terlibat dalam acara itu yang diadakan setiap tahun menjelang Krismas.

Jose yang juga Vicar Gereja Anglikan St John memberitahu peserta diminta berkumpul di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 seawal 5.00 petang yang mana perarakan dijangka bermula 7.00 malam.

Menurutnya, lagi perarakan akan bermula di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 dan melalui beberapa jalan-jalan di pusat bandar.

Pada tahun lalu, perarakan bermula dari Dataran Tun Tuanku Bujang ke Jalan Bujang Suntong, Jalan Pulau, Jalan Channel, Jalan Mission, Jalan Kampung Nyabor, Jalan Ramin, Jalan Morshidi Sidek, Jalan Sanyan dan kembali ke dataran semula, sebelum berakhir di sepanjang Jalan Kampung Nyabor di hadapan bangunan WTK.

“Kita mengharapkan tahun ini lebih ramai yang akan menyertai perarakan ini dan pada masa yang sama kita mendoakan cuaca baik,” katanya.

Sementara itu, Jose berkata, Gereja Anglikan St John Sibu akan mengadakan persembahan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 sempena Karnival Krismas anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada 19 Disember ini dari 7.00 hingga 9.00 malam.

“Kami amat berbesar hati dijemput oleh MPS untuk membuat persembahan dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas peluang yang diberikan ini,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perarakan Krismas semarak perpaduan di Bandar Bintangor
Next: Hujan berterusan, Sarikei antara daerah dalam tahap waspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.