Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 1,000 peserta sertai program Brisk Walk 2.0 di Sibu
  • SUKAN

Lebih 1,000 peserta sertai program Brisk Walk 2.0 di Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
UNTUK KENANGAN… Para peserta program Brisk Walk 2.0 anjuran AADK Daerah Sibu dengan kerjasama SKUAD Antidadah Sibu merakam kenangan.

SIBU: Seramai lebih 1,000 peserta menyertai program Brisk Walk 2.0 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dengan kerjasama Skuad Antidadah Sibu di Dataran Terendak, Taman Tasik Permai, hari ini.

Acara berjalan santai sejauh dua kilometer itu bermula seawal 6.30 pagi dan dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Skuad Antidadah Sibu, Raden Khairulzaman Raden Bustari bersama Kaunselor Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Michelle Law.

Program berkenaan diadakan selaras dengan tema “Langkah Sihat, Komuniti Bebas Dadah” bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

MULA….Raden Khairulzaman dan Michelle melakukan upacara pelepasan peserta program Brisk Walk 2.0 anjuran AADK Daerah Sibu dengan kerjasama SKUAD Antidadah Sibu.
 

Selain itu, program tersebut turut menjadi platform meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pencegahan awal terhadap penyalahgunaan dadah.

Antara pengisian menarik yang diadakan ialah pendaftaran ahli baharu Skuad Antidadah Sibu, program AADK Santuni Komuniti (ASK), pameran antidadah serta cabutan bertuah.

Program itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai lapisan umur yang hadir bagi menyokong usaha membanteras penyalahgunaan dadah menerusi pendekatan komuniti dan gaya hidup sihat.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Bola Tampar MSS Sarawak 2026 perkasa bakat atlet muda
Next: PESTASA sasar penyertaan antarabangsa, promosi Sri Aman menerusi Kejohanan Raja Libas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.