Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 1,000 peserta bakal sertai Larian Separuh Maraton Sarikei 2025
  • TEMPATAN

Lebih 1,000 peserta bakal sertai Larian Separuh Maraton Sarikei 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
INFOGRAFIK Larian Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025.

SARIKEI: Larian Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025 yang julung kalinya akan diadakan di sini pada 24 Ogos depan telah menarik lebih 1,000 peserta dari seluruh Sarawak dan Malaysia sejak pendaftaran dibuka pada 8 Julai lalu.

Jurucakap program, Ainur Yazmin Zaini berkata, acara ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sarikei dengan kerjasama Pusat Khidmat N41 Kuala Rajang dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) N41 Kuala Rajang.

“Program ini menjadi simbol penyatuan komuniti melalui sukan serta platform untuk memperkenalkan infrastruktur baharu yang akan mengubah landskap Sarikei, di samping berpotensi untuk melonjakkan nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan sukan berpotensi tinggi.

“Terdapat lima kategori larian yang ditawarkan, iaitu larian 21 kilometer (KM) untuk peserta veteran lelaki dan wanita berumur 40 tahun ke atas, larian 21 KM terbuka untuk peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas, larian 10 KM untuk peserta veteran lelaki dan wanita berumur 40 tahun ke atas, larian 10 KM terbuka untuk peserta lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas, serta larian 5 KM Fun Run terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur 12 tahun ke atas.

“Kanak-kanak dibenarkan menyertai dengan pengawasan penjaga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak penganjur telah menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM36,500 tidak termasuk baucar bagi kategori 21KM dan 10KM, meliputi kategori lelaki dan wanita terbuka serta veteran.

“Pendaftaran telah dibuka pada 8 Julai 2025 dan ia akan ditutup pada 10 Ogos 2025.

“Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM90 (21KM), RM70 (10KM) dan RM50 (5KM).

“Penganjur menggesa kepada semua untuk sama memeriahkan Larian Separuh Maraton Jambatan Tuanku Haji Bujang Sarikei 2025,” katanya.

Setiap peserta akan menerima baju larian, medal, sijil penyertaan, nombor bib, makanan dan minuman serta beg cenderamata.

“Bagi peserta kategori 21KM, baju finisher dan blinker turut disediakan.

“Orang ramai dijemput untuk menyertai atau memberi sokongan kepada para peserta serta menikmati keunikan Sarikei dalam suasana penuh semangat dan perpaduan,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan perkembangan acara, orang ramai boleh menghubungi Ainur Yazmin Zaini (Pejabat Daerah Sarikei) di talian 084-655371 atau Wong Khung Kong (Kelab Sukan Rekreasi Uni Sarikei) di talian 016-8096279.

Oleh Earl Anek  

Continue Reading

Previous: (Kemaskini) Eksklusif: Anak ini mungkin merindui pelukan ibunya
Next: F&N perkukuh hubungan enam dekad bersama media Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.