Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 1,000 murid di Sarawak ikuti Program STEM Catalyst
  • SEMASA

Lebih 1,000 murid di Sarawak ikuti Program STEM Catalyst

Utusan Sarawak 5 months ago
SARAWAK Skills dalam kenyataan memaklumkan program yang berlangsung dari 3 hingga 6 Disember itu melibatkan murid di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merdang, Samarahan, SK Serian dan SK St Luke, Sri Aman.

KUCHING: Lebih 1,000 murid mengambil bahagian dalam Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Catalyst (Sistem Hidrogen dan Digital) yang bertujuan mendidik, memberi inspirasi dan meningkatkan minat pelajar dalam bidang STEM.

Penganjur program Sarawak Skills dalam kenyataan memaklumkan program yang berlangsung dari 3 hingga 6 Disember itu melibatkan murid di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Merdang, Samarahan, SK Serian dan SK St Luke, Sri Aman.

Menurut Sarawak Skills, program anjuran bersama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak itu bertujuan mencetuskan rasa ingin tahu, inovasi dan kerjasama dalam kalangan minda muda, khususnya membabitkan bidang teknologi hidrogen dan sistem digital.

“Edisi pertama program ini memberi tumpuan kepada masa depan hidrogen melalui sistem digital. Ia meneroka penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta menggunakan Raspberry Pi sebagai asas untuk menunjukkan integrasi siber fizikal dalam penjanaan dan aplikasi hidrogen,” katanya.

Pada majlis penutupan program hari ini, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri berkata, beliau kagum dengan penglibatan murid dalam program itu selain menekankan kuasa STEM untuk membentuk masa depan.

Beliau menyarankan murid-murid untuk terus menceburi bidang tenaga lestari, terutamanya apabila Sarawak kini memainkan peranan utama dalam sektor terbabit.

“Sarawak adalah negeri pertama di Malaysia dan antara yang pertama di Asia Tenggara menghasilkan hidrogen sebagai sumber tenaga bersih dan lestari, menjadikan rantau ini sebagai peneraju global dalam ekonomi hidrogen,” katanya.

Program berkenaan disokong oleh Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak, Pusat Sains Sarawak, Swinburne University of Technology Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan kandungan STEM. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tuntutan hak demi keadilan
Next: Abang Johari hadiri jamuan malam sempena RISEAP di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.