Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 1,000 hadiri upacara pembakaran kapal sempena Festival Zhong Yuan di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Lebih 1,000 hadiri upacara pembakaran kapal sempena Festival Zhong Yuan di Sibu

Utusan Sarawak 17 hours ago
UPACARA PERSEMBAHAN…Tiang, Chieng serta yang lain pada upacara persembahan sempena Festival Zhong Yuan (Perayaan Hantu Lapar) 2025 di Tokong Sibu Fong Hwang San Ur Par Wang Kong, malam tadi.

SIBU: Hujan turun pada sebelah petang tidak mematahkan semangat lebih 1,000 pengunjung menghadiri upacara persembahan sempena Festival Zhong Yuan (Perayaan Hantu Lapar) 2025 di Tokong Sibu Fong Hwang San Ur Par Wang Kong, malam tadi.

Sebagai kemuncak acara, sebuah kapal bersaiz sekitar 80 kaki panjang, 50 kaki tinggi dan 12 kaki lebar dibakar pada 9.30 malam sebagai simbolik penghormatan kepada roh-roh leluhur, mengikut kepercayaan tradisi masyarakat Tionghoa.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang telah menyempurnakan acara tersebut malam tadi.

Beliau turut berkongsi bahawa sebuah stesen televisyen dari Singapura pernah hadir tahun lalu untuk merakam dokumentari mengenai upacara tersebut.

“Anda tahu, maksud saya, ini adalah satu bentuk warisan budaya. Jadi, mereka merakamnya dan mahu mendokumentasikannya. Aktiviti sebegini mampu menarik kehadiran pelancong,” jelasnya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengerusi tokong, Ting Chuo Won, berkata kapal yang dibakar tahun ini dibina dalam tempoh sekitar 22 hari menggunakan bahan seperti buluh dan kertas, dengan bantuan ahli-ahli tokong.

“Saiznya hampir sama seperti tahun lalu, cuma sedikit lebih panjang,” katanya.

Tambah beliau, setakat pengetahuannya, Tokong Sibu Fong Hwang San Ur Par Wang Kong merupakan satu-satunya tokong di Sibu yang mengadakan upacara pembakaran kapal secara tradisi ini sempena Festival Zhong Yuan.

Turut hadir, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng dan Kaunselor Paul Teo.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Elak jadi mangsa ‘scam’, penduduk Sungai Tulai hadir ceramah kesedaran
Next: Maulidur Rasul erat ukhuwah, perkukuh transformasi Gedong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.