Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 100 orang terjejas akibat wabak Salmonela di hotel Sepanyol
  • GLOBAL

Lebih 100 orang terjejas akibat wabak Salmonela di hotel Sepanyol

Utusan Sarawak 13 hours ago

MADRID: Lebih 100 orang jatuh sakit akibat wabak Salmonela di sebuah hotel di La Manga del Mar Menor, destinasi pelancongan popular di wilayah tenggara Murcia, Sepanyol, menurut laporan media tempatan, lapor Xinhua.

Wabak itu tercetus di sebuah hotel bertaraf empat bintang yang boleh menampung kira-kira 400 tetamu.

Sumber pencemaran dipercayai berpunca daripada sos yang dihidangkan semasa makan tengah hari pada Sabtu, menurut media tempatan. Mangsa mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit dan sakit perut.

Dapur hotel itu ditutup sementara untuk kerja pembersihan dan nyahkuman.

Akhbar tempatan La Verdad melaporkan, pihak hotel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, manakala tetamu yang terjejas sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang secara bersama.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jumlah kematian akibat taufan meningkat di Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.