Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih 100 hadir meriahkan program Sinar Ramadan di Dataran Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Lebih 100 hadir meriahkan program Sinar Ramadan di Dataran Marudi

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Dr Penguang Manggil mengabadikan kenangan pada Program Sinar Ramadan Juh Sungkei di Dataran Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Lebih 100 masyarakat Islam dan bukan Islam di Marudi menyertai program Sinar Ramadan Juh Sungkei yang berlangsung dalam suasana santai di Dataran Marudi petang semalam.

Program tersebut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil bersama isteri Datin Monica Ukong Jaya.

MASYARAKAT Islam Marudi mengadakan sungkei secara santai di Dataran Marudi. Foto Jiku Juguong

Turut hadir pada program berkenaan ialah Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM), Kaunselor Edward Mendai; Setiausaha MDM, Dorina Queen Jet; serta Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Pada program tersebut, Penguang Manggil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Majlis Daerah Marudi (MDM) serta mengagihkan apron kepada para peniaga di situ.

DATUK Dr Penguang bersama isteri Datin Monica dan yang lain melawat Bazar Ramadan Majlis Daerah Marudi. Foto Jiku Juguong

Dalam pada itu, sempena Ramadan, Penguang Manggil turut menyempurnakan pengagihan bubur lambuk daripada Saberkas cawangan Marudi dan Kelab Kesura MDM.

Penguang Manggil juga mengadakan sesi ramah mesra dengan hadirin di pentas utama Dataran Marudi serta menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 100 peserta terawal program tersebut.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis berbuka puasa perkukuh perpaduan masyarakat
Next: SKAS 2026: RM12.6 juta disalur kepada 19,924 penerima di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.