Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 1.18 juta jemaah tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah, Aidiladha
  • GLOBAL

Lebih 1.18 juta jemaah tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah, Aidiladha

Utusan Sarawak 2 days ago

Foto Bernama

RIYADH: Lebih 1.18 juta jemaah haji dari seluruh dunia tiba di Arab Saudi menjelang Hari Arafah dan sambutan Aidiladha, menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pasport.

Direktorat itu melaporkan sehingga akhir Selasa, sejumlah 1,180,306 jemaah memasuki negara itu melalui pintu masuk udara, darat dan laut.

Daripada jumlah itu, 1,115,663 jemaah tiba melalui lapangan terbang, 60,365 melalui pintu sempadan darat, dan 4,278 melalui pelabuhan laut.

Pihak berkuasa menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kelancaran proses kemasukan  jemaah, termasuk penggunaan teknologi canggih dan penempatan kakitangan pelbagai bahasa di semua pintu masuk antarabangsa.

Sementara itu, dalam pengumuman berasingan, Mahkamah Agung Arab Saudi mengisytiharkan  Rabu, 1 Zulhijah 1446H (28 Mei) adalah permulaan Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Mahkamah turut mengesahkan yang Hari Arafah akan jatuh pada Khamis, 9 Zulhijah (5 Jun), diikuti dengan sambutan Aidiladha pada Jumaat, 6 Jun.

Ibadah haji tahunan ini terus menarik jutaan umat Islam ke Tanah Suci, menjadikannya antara perhimpunan keagamaan terbesar di dunia.

— BERNAMA-SPA

Continue Reading

Previous: Izzana Salleh dilantik sebagai setiausaha agung baharu CPOPC
Next: Bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun atas 299 pertuduhan penderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.