Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Leader Energy akan bangunkan ladang solar 100MW di Sarawak
  • TEMPATAN

Leader Energy akan bangunkan ladang solar 100MW di Sarawak

Utusan Sarawak 5 days ago
PPA yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili, Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leader Energy Datuk Sean H’ng.

KUCHING: Leader Energy Group Bhd, melalui anak syarikatnya Leader Energy (Sarawak) Sdn Bhd, akan membangunkan ladang solar berskala besar 100 megawatt (MW) di Tanjung Manis, Sarawak.

Ladang solar itu akan dibangunkan di bawah perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang ditandatangani dengan Syarikat SESCO Bhd, cabang operasi dan peruncit tenaga bagi Sarawak Energy Bhd.

PPA itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili dan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leader Energy Datuk Sean H’ng.

Leader Energy dalam satu kenyataan hari ini berkata projek itu yang dijadualkan siap menjelang 31 Disember, 2027, kini sedang dibangunkan dengan kerjasama Pusaka Capital Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Industri Kayu Sarawak dan Smartgen Energy Sdn Bhd.

“Sebaik sahaja ia beroperasi, ladang solar ini akan membekalkan tenaga elektrik yang bersih dan boleh dipercayai kepada SESCO di bawah PPA selama 30 tahun yang menyokong aspirasi Sarawak untuk membangunkan campuran tenaga yang mampan dan rendah karbon,” kata Leader Energy.

Sementara itu, H’ng berkata projek berkenaan merupakan satu langkah penting untuk Sarawak dalam membuka potensi tenaga solarnya.

“Projek ini bukan sahaja mengenai penyampaian tenaga boleh baharu tetapi juga tentang pemindahan keupayaan dan penciptaan nilai jangka panjang di Sarawak, khususnya di Tanjung Manis,” katanya.

Projek itu menekankan komitmen mencapai pelepasan sifar bersih gas rumah hijau, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju tenaga bersih di rantau ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Regata Sarawak: Telaga Air berpotensi jadi pusat aktiviti sukan air
Next: Udara bersih rakyat sihat, Dato Wee tekankan tanggungjawab bersama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.