Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • LCDA tampil inisiatif pembangunan strategik di Sarawak Mega Fair 2025
  • SEMASA

LCDA tampil inisiatif pembangunan strategik di Sarawak Mega Fair 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika melawat ruang pameran LCDA. Foto LCDA

SINGAPURA: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) menampilkan pelbagai inisiatif pembangunan strategik sempena Sarawak Mega Fair 2025 Persidangan dan Pameran yang berlangsung dari 16 hingga 17 Oktober di Pusat Konvensyen & Pameran Suntec, Singapura.

Penyertaan LCDA dalam acara tersebut menjadi platform penting untuk mempromosikan potensi pembangunan dan pelaburan Sarawak kepada pasaran serantau serta antarabangsa, sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk mencapai status ekonomi maju dan berpendapatan tinggi di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Dua projek utama diketengahkan LCDA pada pameran berkenaan ialah Projek Pembangunan Semula Bukit Assek di Sibu dan Projek Pembangunan Pasir Panjang di Kuching, yang masing-masing mencerminkan komitmen agensi itu dalam memacu transformasi bandar mampan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negeri melalui perancangan strategik dan inovatif.

Projek Pembangunan Semula Bukit Assek melibatkan kawasan seluas 330 hektar di pusat bandar Sibu, dengan matlamat mentransformasikan kawasan tersebut menjadi hab bandar moden yang menggabungkan pembangunan komersial, kediaman dan kemudahan komuniti secara seimbang.

Sementara itu, Projek Pembangunan Pasir Panjang di Kuching yang merupakan salah satu Projek Rakyat di bawah komponen pembangunan infrastruktur meliputi kawasan seluas 157.73 hektar.

Projek itu memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan dan pelbagai guna yang berpotensi memperkukuh daya tarikan ekonomi tempatan.

Ruang pameran LCDA turut menampilkan pembentangan digital interaktif yang menggambarkan visi organisasi terhadap pembangunan tanah serta peranannya dalam menyokong agenda pertumbuhan dan transformasi jangka panjang Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak tawar insentif tambahan tarik pelabur Singapura
Next: Projek Tenaga Sarawak–Singapura terima kelulusan bersyarat EMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.