Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LCDA laksana dua projek strategik di Kabong bawah peruntukan projek rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

LCDA laksana dua projek strategik di Kabong bawah peruntukan projek rakyat

Utusan Sarawak 19 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa lawatan tapak kedua-dua projek di Kabong, hari ini. 

KABONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan negeri komited menyediakan penempatan moden dan tersusun bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Menurutnya, usaha tersebut dilaksanakan menerusi Projek Rumah Mampu Milik Skim Pembesaran Kampung (SPK) Kampung Hulu Kabong dan Projek Kabong New Town Extension yang dijalankan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di bawah peruntukan Projek Rakyat.

“Projek ini membuktikan iltizam kerajaan untuk memperkasa pembangunan luar bandar supaya rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak kedua-dua projek berkenaan di sini, hari ini. 

Lawatan itu diadakan sempena Maraton Pantai Antarabangsa Kabong (KIBTM) 2025 dan pelancaran Penurunan Terakhir Tukun Tiruan Fasa 2 di perairan Kabong.

Projek di Kampung Hulu Kabong melibatkan pembinaan 75 unit Rumah LCDA Saphire 1 berkeluasan 871.87 kaki persegi setiap unit dengan penggunaan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS). 

Setakat 25 Ogos lalu, kemajuan projek mencapai 14 peratus berbanding jadual asal enam peratus iaitu lapan peratus lebih awal daripada perancangan. 

Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2026 dalam tempoh 18 bulan.

Sementara itu, Kabong New Town Extension pula membabitkan pembinaan sebuah medan selera yang menempatkan pasar basah dan pasar kering selain infrastruktur asas seperti jalan berturap, parit konkrit, lampu jalan dan kemudahan sokongan lain. 

Projek bermula pada 3 April lalu dan kini mencapai 16 peratus berbanding jadual asal 15 peratus. Ia dijangka siap pada 2026.

Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, Pengurus Besar LCDA, Datu Sr Zaidi Mahdi, Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas serta pegawai kanan LCDA.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang dalam insiden bot karam masih belum ditemui
Next: Tukun Tiruan Pantai Belawai beri impak positif, populasi ikan semakin meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.