Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • LBAS 2025: Titian ilmu dan peluang kerjaya untuk anak Sarawak
  • SEMASA

LBAS 2025: Titian ilmu dan peluang kerjaya untuk anak Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Fadillah Yusof bercakap ketika ditemui media semasa Pelancaran Ekspo Sarawak.

KUALA LUMPUR: Ribuan anak Sarawak di Semenanjung, terutamanya pelajar universiti dan kolej, membanjiri Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025, yang melabuhkan tirainya hari ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, merasmikan Ekspo Sarawak sempena program berkenaan, yang turut menghimpunkan 166 agensi kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), serta badan korporat yang menawarkan maklumat berkaitan kerjaya, pendidikan, dan inisiatif pembangunan negeri.

PELANCARAN Ekspo Sarawak.

“LBAS menjadi platform penting untuk menyampaikan dasar serta perancangan kerajaan negeri selain memberi peluang kepada anak-anak Sarawak di Semenanjung mendapatkan pendedahan mengenai peluang pekerjaan dan biasiswa.

“Saya menggalakkan anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung datang ke MITEC untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar pembangunan negeri dan usaha memakmurkan rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan ekspo berkenaan.

Pengerusi LBAS 2025, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, edisi ke-16 penganjuran tahun ini menunjukkan sambutan lebih rancak dengan hampir 7,000 peserta dijangka menghadiri kemuncak majlis makan malam malam ini.

KEMERIAHAN pengunjung di LBAS 2025.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen, Sarawak Volunteers dan pasukan penganjur yang memastikan program ini terus berjaya dari tahun ke tahun,” jelasnya.

LBAS 2025 turut menampilkan pelbagai pengisian termasuk Sesi Town Hall Sarawak Agenda bersama Premier Sarawak, Kenyalang Speaks, Sarawak Kitchen, serta program baharu Croc’s Tank yang memberi ruang kepada pelajar membentangkan kertas kerja dan idea baharu mereka.

LBAS yang mula dianjurkan sejak 2008 merupakan program tahunan yang menghimpunkan anak-anak Sarawak di seluruh Semenanjung bagi mengukuhkan jaringan komuniti serta memupuk semangat kekitaan negeri.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 60 peratus bekalan elektrik Sarawak hasil kuasa hidroelektrik
Next: MA63: Sarawak perlu berani ambil langkah konkrit, bukan sekadar menunggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.