Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • LBAS 2025 kembali lebih berimpak, angkat tema perpaduan dan kemakmuran
  • NASIONAL

LBAS 2025 kembali lebih berimpak, angkat tema perpaduan dan kemakmuran

Utusan Sarawak 5 hours ago

KUALA LUMPUR: Program tahunan ikonik Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 bakal kembali pada 25 Oktober ini dengan penganjuran berskala lebih besar dan berimpak tinggi di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Dianjurkan oleh Sukarelawan Sarawak (Sarawak Volunteers) dengan sokongan penuh kerajaan Sarawak, LBAS tahun ini mengangkat tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian Teras Kemakmuran’, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju dan makmur berteraskan keharmonian rakyat menjelang 2030.

Sejak diperkenalkan pada 2008, LBAS telah berkembang daripada sebuah perhimpunan kecil kepada platform utama yang menghimpunkan pelajar, belia serta golongan profesional Sarawak di Semenanjung Malaysia bagi menjalin hubungan dengan pimpinan tertinggi kerajaan negeri.

Program itu turut menjadi saluran penting dalam menyampaikan dasar, aspirasi dan inisiatif kerajaan negeri ke arah pembangunan menyeluruh Sarawak.

Antara objektif utama penganjuran LBAS 2025 termasuk memberi peluang kepada anak-anak Sarawak di Semenanjung untuk memahami dasar kerajaan negeri, mengutarakan pandangan kepada Premier Sarawak dalam sesi dialog terbuka (Townhall), serta berinteraksi dengan pelbagai agensi dan syarikat yang menawarkan peluang kerjaya.

LBAS 2025 turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Sesi Dialog Bersama Premier Sarawak, Ekspo Sarawak 2025 yang menampilkan lebih 90 reruai pempamer dan 75 reruai usahawan, Kenyalang Speaks, Sidang Siswa Sarawak – Crocs Tank, Pocket Show Edisi Anak Sarawak, serta Dapur Hidup Sarawak (Sarawak Live Kitchen) yang mempamerkan keunikan budaya dan citarasa negeri itu.

LBAS 2025 dijangka menjadi satu lagi platform penting bagi memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak Sarawak serta memupuk rasa bangga terhadap identiti dan warisan negeri Bumi Kenyalang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web [www.sarawakvolunteers.com] (http://www.sarawakvolunteers.com) atau menghubungi pihak penganjur, Sukarelawan Sarawak.

Continue Reading

Previous: Kes pelajar ditikam: Pentadbir sekolah akan dipindah ke PPD – KP Pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.